SOALAN-SOALAN 
LAZIM ?

PENGENALAN DIYA

1. apakah DIYA?

Sebuah aplikasi mudah alih hak milik Yayasan Pembangunan Ekonomi Islam Malaysia (YaPEIM). Aplikasi DiYA ini disediakan untuk pelanggan YaPEIM mengakses semua produk dan servis yang ditawarkan oleh YaPEIM dan anak syarikat milik penuh YaPEIM. Pelanggan perlu mendaftar sebagai Ahli Koperasi YaPEIM Berhad untuk membolehkan capaian akses kepada semua servis yang disediakan.

2. PRODUK & PERKHIDMATAN DI DALAM APLIKASI DIA?

 1. Akaun Emas YaPEIM (SERY)
-Membeli & menjual emas secara atas talian atau melalui kaunter ArRahnu YaPEIM. ·          
-Mendapat komisyen apabila memperkenalkan SERY kepada pelanggan lain dan mereka membuat pembelian emas didalam SERY.

 2.ArRahnu YaPEIM Online     
-Satu pautan ke laman pembayaran balik ArRahnu YaPEIM secara atas talian
-Pelanggan dapat membuat pembayaran pinjaman dan caj upah simpan 

3.YaPEIM Gold Digital Store      
-Akses kepada produk terkini keluaran YaPEIM dalam bentuk minted Wafer dan Syiling 
-Pelanggan boleh membuat pembelian di atas talian dan pesanan akan dihantar terus ke pintu rumah dan dilindungi oleh insurans. 

4. Promosi-promosi Produk YaPEIM     
-Produk-produk dan sevis yang lain akan ditambah dari masa ke semasa,

3. KENAPA PERLU MEMILIH APLIKASI DIYA?
  • Latar belakang YaPEIM merupakan sebuah Institusi Ekonomi Islam Malaysia yang menitikberatkan perniagaan yang telus dan mengikut prinsip syariah. Kriteria ini adalah sangat penting terhadap pemilihan produk berdasarkan muamalat Islam.
4. APAKAH FAEDAH KEPADA PELANGGAN YANG MEMILIKI DIYA?
  • Pendaftaran yang mudah dan PERCUMA.
  • Membolehkan pelanggan mengakses kepada semua produk YaPEIM yang ditawarkan melalui aplikasi ini.
  • Boleh berurusniaga secara mudah pada bila-bila masa dan dimana-mana sahaja secara atas talian dalam tempoh 24 jam sehari dan 7 hari seminggu.
5. SIAPAKAH YANG LAYAK UNTUK MENDAFTAR APLIKASI DIYA?

Individu:

a)Menjadi Ahli Skim di bawah Koperasi YaPEIM Berhad. 

b)Mempunyai kad pengenalan.

c)Mempunyai emas dan/atau wang. 

d)Berumur tidakkurang dari 18 tahun mengikut tarikh kelahiran.

*Fasa 2: Akaun SERY Kanak-kanak. Melalui perancangan pembangunan DiYa Fasa seterusnya. Akaun SERY Kanak-kanak akan diwujudkan bagi memenuhi keperluan pelanggan.